Akta_Perhimpunan_Aman_2011

Akta Perhimpunan Aman 2012 (singkatan: APA 2012),[2] juga dikenali sebagai Akta 736 ialah suatu undang-undang yang mengawal selia bantahan awam dan perhimpunan aman di Malaysia. Akta ini membenarkan warga untuk menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan yang dianggap perlu dan demi kepentingan ketenteramandan keselamatan awam.[3]Akta ini digubal selepas empat bulan perhimpunan Bersih 2.0 dan dua bulan selepas kerajaan mengumumkan untuk meminda Akta Polis 1967.[2][4] Ia dibentangkan di Parlimen pada 22 November 2011, diluluskan di Dewan Rakyat pada 29 November dan di Dewan Negara pada 20 Disember,[5][6][7] sebelum mendapat perkenan diraja daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari 2012.APA 2012 telah dikritik keras oleh pihak pembangkang, yang mengatakan bahawa akta tersebut akan bertindak keras terhadap hak untuk membuat bantahan daripada melindunginya.[8] Majlis Peguam dan ramai pemimpin persatuan sivil juga telah menyatakan suara membantah akta tersebut.[8][9]

Akta_Perhimpunan_Aman_2011

Digubal oleh
Tarikh diluluskan 20 Disember 2011
Tarikh mula berkuat kuasa 9 Februari 2012
Tarikh kuat kuasa 23 April 2012[1]
Diperkenalkan oleh
Kertas putih
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Negara
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011
Bacaan ketiga
Petikan
Petikan rang undang-undang
D.R. 42/2011
Tarikh perkenan diraja 30 Januari 2012
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Rakyat
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011
Bacaan kedua
Bacaan pertama
Negara