Latarbelakang Akta_Perhimpunan_Aman_2011

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan [10] seperti Perhimpunan Bersih 2011, Perhimpunan Hindraf 2007 dan Gerakan Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuh PPSMI.

Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Ia dibahaskan oleh enam ahli Parlimen selama empat jam. Antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.