Gerakan_Mansuhkan_ISA

Gerakan Mansuhkan ISA merupakan satu gerakan bersepadu daripada NGO di Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA). ISA telah diperkenalkan di Malaysia oleh penjajah British sejak 1948 bagi membendung keganasan komunis yang menyerang lombong bijih timah, ladang getah milik majikan British dan orang awam selain pasukan keselamatan.Gerakan Mansuhkan ISA bermula pada Oktober 2008 selepas beberapa negeri tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008. Perhimpunan Bersih diadakan di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Perarakan menghantar memorandum bantahan terhadap PPSMI dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI atau singkatnya GMP. Perhimpunan Hindraf di Jalan Ampang dan Batu Caves pada 2007 juga mendapat sambutan dari kaum India dan ramai pemimpinnya ditahan di bawah ISA.Pra perlancaran GMI diadakan di Stadium Bandar Baru Bangi oleh pemimpin kanan PAS iaitu Mohamad Sabu. Pemimpin lain yang turut hadir ialah Arulchelvam dari PSM, isteri Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain.