Isu Gerakan_Mansuhkan_ISA

Agus Salim

Pada 1 Mac 2009, Agus Salim seorang rakyat Indonesia telah ditahan mengikut ISA dan telah dimaklumkan kepada majikannya pada hari dia ditangkap iaitu 1 Mac .Lawatan keluarga tahanan tidak dapat diadakan dalam tempoh yang cepat atas permintaan adik tahanan itu sendiri, Watini Saputri. Puncanya adik perempuan Agus Salim itu mahu menunggu ketibaan ibu mereka, Kartem dan abangnya Junaidi Bahari dari Medan, Sumatera, Indonesia. Mulanya Kartem tinggal sementara di rumah rumpangan yang disediakan oleh GMI, kemudian berlepas ke Johor Bahru.

Pada 23 April 2009, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan tuduhan Gerakan Mansuhkan ISA tidak tepat. Sebenarnya anggota polis tidak memberi tekanan kepada anggota keluarga Agus Salim yang kini ditahan mengikut ISA. Laporan Malaysiakini bertajuk 'Innocent Until Proven Guilty' dan 'Police Pressure ISA Detainee's Family yang disiarkan pada 21 April 2009 tidak benar. Telefon bimbit dan pasport Kartem hanya diambil untuk simpanan sementara kerana tidak boleh dibawa masuk.[1]

Pembebasan tahanan ISA

Pada 2 April 2009, Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak mengumumkan pembebasan 13 tahan ISA. Tindakan ini dianggap mengikut jejak bekas Presiden Mesir Anwar Sadat membebaskan semua tahanan Ikhwanul Muslimun ketika baru mengetuai kerajaan Mesir. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pembebasan ini sebagai langkah popular sebelum pilihan raya kecil sahaja.[2]

BilNamaTuduhanDitahan pada
1.Wan Amin Wan HamatJemaah Islamiyah (JI)2003
2.Pakana SelamaDarul Islam (DI)2006
3.Mohd Arasad PatangariDarul Islam (DI)2006
4.Idris LanamaDarul Islam (DI)2006
5.A Artas A BurhanuddinDarul Islam (DI)2006
6.Binsali OmarDarul Islam (DI)2006
7.Mohd Nazri DollahDarul Islam (DI)2006
8.Francis IndananDarul Islam (DI)2006
9.Amir HussainDokumen Palsu2006
10.Sundaraj VijayDokumen Palsu2006
11.San KhaingDokumen Palsu2006
12.R.KenghadharanHindraf2007
13.V.GanabatirauHindraf2007