Penerbitan Aku_Bukan_Malaikat

"Aku Bukan Malaikat" ialah lagu terakhir yang dirakamkan oleh Siti untuk SimetriSiti, dirakamkan pada 6 April 2017.[2] Ia dicipta dan diterbitkan oleh penyanyi dan komposer Indonesia, Opick, yang turut terlibat dalam pembikinan SimetriSiti. Segalanya bermula pada Oktober 2016 apabila Siti bertemu dengan Opick di "Konsert Rapatkan Saf", beliau memintanya untuk mengarang lagu untuk albumnya.[2] Siti menjelaskan "Aku Bukan Malaikat" sebagai sebuah lagu yang dikhaskan bagi "wanita sentimen" sepertinya.[3] Beliau mengakui bahawa beliau telah dihanyutkan oleh emosi ketika merakamkan lagu dan beliau terpaksa cepat mengumpulkan dirinya dan menstabilkan perasaannya.[3]