Sinopsis Akumetsu

Manga ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bertopeng bergelar 'Akumetsu' yang berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan penindasan atau kejahatan. Walau bagaimanapun, cara menegakkan keadilan Akumetsu adalah kejam, iaitu dengan membunuh mereka-mereka yang melakukan kejahatan ini. Kebanyakan mereka yang diburu dan dibunuh oleh Akumetsu adalah golongan-golongan menyalahgunakan duit rakyat, ini termasuklah presiden-presiden bank serta ahli politik.