Al-Din

Sebahagian dari siri
Islam & ImanAd-Din (Bahasa Arab: الدين‎) atau "Agama" yang berasal dari asal kata "da ya na" mempunyai banyak erti dalam bahasa Arab. Dari berbagai makna "dayana" ada 4 pengertian yang mempunyai hubung kait dengan agama menurut persepsi Islam:
Dari beberapa definisi / maksud ad-Din menurut Islam seperti yang telah diterangkan diatas, maka jelaslah agama menurut sudut pandangan Islam sangat berbeza dengan persepsi Barat, agama dalam Islam adalah cara hidup, cara berfikir, berideologi, dan bertindak. Agama meliputi sistem-sistem politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan ketata-negaraan. Agama berperanan besar dalam membentuk peribadi insan yang kamil disamping juga membentuk masyarakat yang ideal, agama menitik beratkan pembentukan moral dan kerohanian sesebuah masyarakat tetapi tidak lupa juga agama turut dapat membangunkan nilai ketamadunan dan seterusnya membina empayar yang kukuh dan berwibawa dimata dunia. Inilah yang dinamakan agama atau Ad-Din menurut Islam, jadi apa yang dianggap agama oleh barat adalah bukan agama(tidak lengkap) dari pandangan Islam, ataupun Islam bukan hanya sekadar agama dalam pengertian Barat yang sempit. Islam berasal dari kata as la ma yang dari segi bahasa bermakna berserah diri. Ini tidak berarti setiap orang yang berserah diri dan percaya adanya tuhan termasuk dalam Islam, oleh kerana berserah diri sahaja tidak cukup untuk masuk Islam. Al-Quran menerangkan bahwa ada dua jenis berserah diri/tunduk (Surah Ali Imran:83): (a). Seluruh ciptaan Allah tunduk kepada hukum Allah dengan terpaksa dan menurut suatu kewajipan yang bersifat neutral. (b) Ada juga yang berserah diri dengan keinginan sendiri (tau’an) mereka adalah orang mukmin(Surah Al-An’aam ayat 162,163). Agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (Surah Ali Imran:19,85)Keislaman seseorang itu bergantung kepada kefahamannya terhadap kalimah Syahadah La Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah, Lailaha Illallah merumuskan konsep Tauhid Uluhiyyah yang mana orang musyrikin dan kafirin terkeluar daripada Islam, demikian juga orang yang menuhankan hawa nafsu dan tidak mahu tunduk kepada hukum Allah. Adapun dengan kalimah Muhammadar Rasulullah terkeluarlah orang-orang yang tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul, tunduk dan Iman kepada Allah tidak diterima apabila mengingkari Nabi. Sunnah yang dibawanya adalah wajib dipegang, ibadah seorang Muslim itu tidak akan diterima apabila sesuatu perkara yang dilakukan itu, tidak disyariatkan dan disunnahkan serta melanggari batasan keimanan agama Islam tersebut.