Al-Muktafi
Al-Muktafi

Al-Muktafi

Abû Ahmad ʿAlî ibn Ahmad al-Muʿtamid (Bahasa Arab: أبو أحمد علي بن أحمد المعتمد‎) (877/878 – 13 Ogos 908), atau lebih dikenali dengan nama al-Muktafi bi-Allah (Bahasa Arab: المكتفي بالله‎[1]), adalah khalifah ke-17 dari khilafah Abbasiyyah di Baghdad bermula pada tahun 902 sehingga 908. Beliau merupakan anak lelaki kepada khalifah sebelumnya iaitu al-Mu'tadid, melalui isteri yang berketurunan Turki. Beliau memerintah ar-Raqqah semasa kematian bapa beliau. Apabila beliau kembali ke Baghdad, beliau disukai rakyat oleh kerana kemurahan hati beliau dan juga menghapuskan penjara rahsia bapa beliau, yang merupakan ketakutan rakyat di Baghdad. Semasa pemerintahan beliau selama hampir 7 tahun, empayar Abbasiyyah berdepan dengan pelbagai bahaya; yang mana dihadapi oleh beliau dengan berani. Yang paling utama beliau terpaksa menghadapi ancaman yang berasal dari Qarmat iaitu salah satu cabang Ismailiyah yang mulai berkembang semasa tahun-tahun terakhir pemerintahan beliau.