Al_al-Syeikh

Al al-Syeikh (Bahasa Arab: آل الشيخ‎, ʾĀl aš-Šaykh),[note 1] atau Keluarga al-Syeikh, juga ditulis dengan variasi tulisan rumi antaranya Alu al-Sheikh[note 2], Al ash-Shaykh, Al ash-Shaikh, Al al-Shaykh, atau Al-Shaykh,[note 3] merupakan sebuah kumpulan keluarga yang beragama dan memimpin di Arab Saudi. Mereka merupakan keturunan langsung daripada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, pengasas gerakan Wahabi abad ke-18 yang kini dominan di Arab Saudi. Di Arab Saudi, keluarga ini merupakan kumpulan kedua terkemuka selepas keluarga diraja Saudi, Al Saud. yang mana kedua-dua pengasas keluarga ini telah mengadakan penyusunan kongsi kuasa lebih 300 tahun yang lalu. Penyusunan yang dimaksudkan sebagaimana berlaku pada hari ini adalah keluarga Saud mengekalkan wewenang keluarga al-Syeikh dalam urusan agama, manakala keluarga al-Syeikh menyokong wewenang politik keluarga Saud..Walaupun penguasaan Al al-Syeikh dalam urusan agama semakin berkurang dekad ini, mereka masih memegang beberapa jawatan agama yang penting di Arab Saudi, dan masih berkait rapat dengan Al Saud kerana banyak berlakunya perkahwinan campur antara kedua-dua belah keluarga. Disebabkan sokongan moral dan agama daripada Al al-Syeikh, penyusunan antara kedua-dua keluarga ini tetap penting dalam mengekalkan legitimasi keluaraga diraja Saud memimpin negara.

Rujukan

WikiPedia: Al_al-Syeikh https://news.detik.com/berita/d-5065211/sejarah-te... https://www.foreignaffairs.com/articles/saudi-arab... https://archive.org/details/briefhistoryofsa0000wy... https://archive.org/details/culturecustomsof00long... https://archive.org/details/culturecustomsof00long... https://archive.org/details/kingsmessengerpr00otta... https://archive.org/details/wahhabimissionsa0000co... https://archive.org/details/wahhabimissionsa0000co... https://web.archive.org/web/20200105225615/https:/... https://www.qdl.qa/archive/81055/vdc_100028817534....