Alaf [a-laf; pinjaman
Bahasa Arab: آلَاف / ألف, translit. alf,
lit. '
seribu'] atau
milenium [mi-lé-ni-um; pinjaman
Bahasa Latin: millennium] ialah suatu tempoh
masa yang bersamaan dengan
satu ribu tahun.
[1] Istilah tersebut boleh secara tersirat merujuk kepada milenium kalendar; tempoh-tempoh yang terikat dengan suatu pentarikhan
[2] sistem, khususnya yang bermula (lazimnya tahun 0 atau tahun 1) atau pada tahun-tahun kemudian yang merupakan nombor bulat daraban dari seribu tahun selepasnya pada
kalendar tersebut. Konsep inilah yang dibincangkan dalam rencana ini.Istilah ini juga boleh merujuk untuk satu jarak masa bermula pada mana-mana tarikh. Kerap juga dalam perkara ini (dan kadang-kadang juga perkara di atas) ia mungkin mempunyai implikasi-implikasi keagamaan atau teologi. Terutamanya dalam pemakaian keagamaan tempoh tersebut boleh diterjemahkan secara samar, iaitu tidak semestinya betul-betul selang 1,000 tahun.Dalam kalendar barat biasa, yang tidak mempunyai tahun sifar dan bermula dengan tahun 1 sebagai ganti, terdapat dua suatu pendapat utama mengenai penamaan alaf. Berlaku suatu perbahasan popular ketika menghampiri perayaan tahun
2000, sama ada 2000 adalah permulaan satu alaf baru (soalan alaf). Dari segi sejarah, telah ada perbahasan sekitar pertukaran dekad, abad, dan alaf.Majoriti daripada perayaan-perayaan alaf baru telah diadakan pada tengah malam
31 Disember 1999 /
1 Januari 2000 yang mencerminkan suasana popular.