Alamat_IP

Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan — seperti penghala, komputer, pelayan-masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon — boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.Alamat IP dicipta dan diuruskan oleh IANA. IANA biasanya akan menguntukkan blok-blok kepada pejabat pendaftaran Internet wilayah, yang akan mengagihkan blok-blok yang lebih kecil kepada ISP dan syarikat-syarikat.Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan nama domain (cth. www.wikipedia.org) kepada alamat IP (207.142.131.248).