Sistem_Nama_Domain

Sistem Nama Domain (Bahasa Inggeris: Domain Name System, dipendekkan sebagai DNS) merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan nama domain dalam rangkaian seperti di Internet. Peranan paling utamanya adalah memberikan alamat IP bagi setiap nama hos, dan senarai pelayan penukaran mel (mail exchange server) yang menerima mel bagi setiap domain.DNS memainkan peranan penting bagi Internet, kerana perkakasan memerlukan alamat IP untuk melaksanakan penghalaan (routing) namun manusia lebih menggunakan nama hos dan nama domain seperti Penentu Sumber Seragam ( Uniform Resource Locator, URL) dan alamat e-mel.Sistem ini dicipta saintis komputer dari Amerika Syarikat bernama Paul Mockapetris pada tahun 1983 dengan spesifikasi asal sistem tersebut muncul dalam permintaan komen (Request for Comments, RFC) 882. Pada tahun 1987, penerbitan RFC 1034 dan RFC 1035 mengemaskini spesifikasi DNS lalu menjadikan RFC 882 dan RFC 883 lapuk. Beberapa RFC terkini telah mengusulkan pelbagai sambungan kepada protokol teras.