Sejarah Alesana

Kumpulan ini ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2004 di North Carolina. Nama kumpulan ini diambil dari nama Jalan Alice-anna di mana tempat tinggal mereka ketika berkarya di Baltimore. Alesana merupakan kumpulan pertama yang menyertai Tragic Hero Records pada tahun 2005, dan EP mereka yang pertama, Try This With Your Eyes Closed diterbitkan pada Jun tahun itu. Mereka pernah menjelajah Amerika Syarikat, termasuk kemunculan di Festival Cornerstone pada tahun 2006, dan menambah pemain dram baru dan pemain gitar dan vokalis tambahan dalam kumpulan mereka.[1]