Alex_Ferguson
Alex_Ferguson

Alex_Ferguson

Sir Alexander Chapman Ferguson CBE (lahir 31 Disember 1941 di Govan, Glasgow) ialah seorang bekas pengurus dan bekas pemain bola sepak berasal dari Scotland. Beliau menjadi pengurus Manchester United dari tahun 1986 hingga 2013. Beliau telah memenangi lebih banyak trofi daripada pengurus lain dalam sejarah bola sepak Inggeris.Beliau menguruskan East Stirlingshire dan St. Mirren, sebelum berjaya dalam menguruskan Aberdeen. Beliau menguruskan Scotland selepas kematian mengejut Jock Stein, beliau terus dilantik menjadi pengurus Manchester United pada November 1986.Dalam 27 tahun kerjayanya bersama United, Ferguson adalah pengurus kedua yang paling lama menguruskan United selepas Sir Matt Busby, dan pada ketika ini, beliau merupakan pengurus yang paling lama menguruskan sebuah pasukan di antara semua pengurus dalam Liga Perdana Inggeris. Sepanjang tempoh itu, Ferguson telah memenangi banyak anugerah dan rekod, termasuk memenangi anugerah Pengurus Terbaik Tahunan terbanyak dalam sejarah bola sepak Inggeris.Pada 8 Mei 2013, Ferguson mengumumkan persaraannya sebagai pengurus Manchester United dan bola sepak. Beliau akhiri kerjayanya dengan mencipta kejuaraan ke-20 England buat United. Ferguson mencadangkan pengurus Everton, David Moyes sebagai pengganti beliau di Old Trafford.

Rujukan

WikiPedia: Alex_Ferguson http://www.londonhearts.com/SFL/players/alexfergus... http://www.manutdzone.com/playerpages/SirAlexFergu... http://www.mufcinfo.com/manupag/managers/mangers_p... http://www.nationalfootballmuseum.com/pages/fame/I... http://www.rsssf.com/tabless/scotlandxi-asotour67.... http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/teams/m/m... http://www.stretfordend.co.uk/managers/ferguson.ht... http://www.thefirstpost.co.uk/index.php?menuID=2&s... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Alex_F...