Alexander_Lohr
Alexander_Lohr

Alexander_Lohr

Perang Dunia IPerang Dunia II
Alexander Löhr (20 Mei 1885 – 26 Februari 1947) adalah seorang panglima Tentera Udara Austria (Österreichische Luftstreitkräfte) semasa era 1930an dan, selepas pengilhakan Austria (Anschluss), beliau menjadi salah seorang panglima perang Tentera Udara (Luftwaffe) Jerman. Löhr berkhidmat di dalam Luftwaffe semasa Perang Dunia Kedua. Löhr merupakan salah seorang dari tiga rakyat Austria yang naik ke pangkat Generaloberst (Kolonel Jeneral) didalam Wehrmacht Jerman. Lagi dua orang ialah Erhard Raus dan Lothar Rendulic.Löhr menyerah diri kepada askar Partisan Yugoslavia pada Mei 1945 dan telah dipenjarakan sehingga Februari 1947. Beliau telah dibicarakan dan didapati bersalah kerana jenayah perang dalam peranannya sebagai panglima unit-unit Luftwaffe yang terlibat dalam Pengeboman Belgrade pada tahun 1941 dan peranannya dalam jenayah perang selaku panglima tertinggi Tenggara Eropah. Beliau telah dihukum mati pada 26 Februari 1947.

Alexander_Lohr