Alfonso_de_Albuquerque
Alfonso_de_Albuquerque

Alfonso_de_Albuquerque

Alfonso de Albuquerque, juga dikenali sebagai Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453–16 Disember 1515), ialah seorang laksamana tentera laut, penjajah,[1][2][3] negarawan dan pengembang Empayar Portugal[4] di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.Alfonso meneruskan rancangan Portugis iaitu menentang Islam, menyebarkan agama Kristian, dan merampas perdagangan rempah dengan mentadbirkan kuasa Portugis di Asia.[5] Antara beberapa perkara yang beliau pernah lakukan ialah: beliau pernah menakluk pulau Goa, merupakan orang Eropah dari Zaman Pembaharuan pertama yang menjarah Teluk Parsi, dan beliau mengetuai pelayaran Eropah pertama ke Laut Merah.[6] Kerja-kerja ketenteraan dan pentadbiran beliau memainkan peranan penting dalam pengasasan dan pengukuhan Empayar Portugis di Asia Timur, Asia Barat, dan haluan rempah di Oceania timur.[7]Alfonso amat mahir dalam bidang perang[8][9] dan pembentukan perancangan perang—beliau pernah cuba untuk menutup semua haluan laut dari Lautan Hindi ke Lautan Atlantik, Laut Merah, Teluk Parsi, dan Lautan Teduh, yang membentuk sebuah mare clausum (laut tertutup) di bawah kawalan Portugis untuk menentang Empayar Uthmaniyah, puak Islam dan juga puak Hindu.[10] Semasa mengembangkan Empayar Portugal, Alfonso cetuskan sebuah pertempuran yang dinamakan Perang Uthmaniyah–Portugal, yang berlangsung selama bertahun-tahun. Banyak pertikaian dan pertengkaran Uthmaniyah–Portugal terjadi di Lautan Hindi, di Teluk Parsi untuk dapat kawalan haluan perdagangan rempah, dan di persisiran India. Kehebatan beliau dalam bidang perang dan kempen-kempen menentang Kerajaan Uthmaniyah dan lain-lain menyebabkan Portugal menjadi empayar raya pertama di dunia.[11] Beliau pernah mengalahkan tentera darat dan laut yang lebih hebat daripada beliau. Contohnya, penaklukan Hormuz pada tahun 1507 menentang pihak Parsi berjaya dengan tujuh buah kapal armada.[12] Beliau juga merupakan individu utama dalam peristiwa penaklukan Goa pada tahun 1510 dan penaklukan Melaka pada tahun 1511. Beliau dilantik sebagai laksamana Lautan Hindi, dan ketua "pelayaran laut Arab dan Parsi" pada 1506.[2]Dalam lima tahun terakhir hayatnya beliau bertugas dalam bidang pentadbiran,[13] dan sebagai gabenor kedua India Portugis, beliau memanjangkan hayat empayar Portugis. Beliau mengetuai perdagangan antara Eropah dengan China Ming bersama utusan Rafael Perestrello, dengan Siam bersama utusan Duarte Fernandes, dan dengan Timor, menerusi Malaysia dan Indonesia dalam pelayaran yang diketuai oleh António de Abreu dan Francisco Serrão. Beliau juga bantu dalam hubungan diplomatik dengan Habsyah dengan mengutuskan paderi João Gomes dan João Sanches,[14][15][16][17][18][19] dan mentadbirkan hubungan diplomatik dengan Parsi, semasa Wangsa Safawiyah.[20]Beliau digelari sebagai "yang Keji",[21] "yang Agung",[1][13][22] "Kaisar Timur", "Singa Samudera", dan "Dewa Perang Portugal". Kini, beliau dipandang benci oleh masyarakat Melayu dan Islam atas pendalangan beliau dalam kejatuhan Kesultanan Melaka, cubaan mengambil jasad Nabi Muhammad sebagai tebusan dan banyak lagi.

Alfonso_de_Albuquerque

Pekerjaan Laksamana, Gabenor India Portugis, Adipati Goa
Ibu bapa
  • Gonçalo de Albuquerque (bapa)
  • Leonor de Menezes (ibu)
Anak Brás de Albuquerque, Adipati Kedua Goa
Meninggal dunia 16 Disember 1515
Goa, India
Pengganti Lopo Soares de Albergaria
Kelahiran 1453
Alhandra, Portugal
Tempat ditanam Igreja da Nossa Senhora da Graça, Lisbon, Portugal
Gelaran Gabenor dan Kapten-Jeneral Lautan Hindi, Wizurai India dan Adipati Pertama Goa

Rujukan

WikiPedia: Alfonso_de_Albuquerque http://afonsodealbuquerqueblog.blogspot.com.au/201... http://algarvedailynews.com/features/history/4377-... http://www.artebr.com/lambelambe/historia.html http://intlhistory.blogspot.com/2012/07/alfonso-de... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/13157/Af... http://www.britannica.com/biography/Afonso-de-Albu... http://www.gutenberg.org/files/31226/31226-h/31226... http://www.iranicaonline.org/articles/albuquerque-... http://encyclopedia.jrank.org/AJA_ALL/ALBUQUERQUE_... http://www.newadvent.org/cathen/01270c.htm