Monumen Algiers

Terdapat bangunan dan monumen yang menarik untuk dilawati:

  • Notre Dame d'Afrique. Terdapat kereta kabel untuk meninjau panorama Algier dari udara.
  • Makam Pejuang - Monumen ini dibuka pada 1982 ketika menyambut kemerdekaan Algeria. Semua pejuang kemerdekaan Algeria dikebumikan di sini. Ia berbentuk menara tiga segi seperti pokok kelapa yang melambangkan patung tentera.
  • Istana Emir Abdelkader untuk mengingati emir Abd El-Kader semasa memerintah Algeria.
  • Pejabat pos besar yang dibina tahun 1910 oleh Voinot dan Tondire. Bangunan ini mengambil senibina neo-Moorish.
  • Taman El-Hamma terletak di Algiers. Seluas 80 hektar. Dibina pada 1832 oleh A. Hardy. Terdapat pelbagai tumbuhan menarik dan eksotik.
  • Villa Abd-elHair. Terdapat di puncak Taman El-Hamma. Menjadi rumah kediaman sehingga 1962. Villa ini pernah memenangi hadiah dari Putera Abd-el-Hair.
  • Kubu kota (citadel).
  • Riard El-Feth - sebuah galeri seni dan kompleks beli-belah.
  • Masjid Algiers. Asalnya gereja Saint-Philippe semasa zaman penjajahan. Kemudian dijadikan masjid apabila penduduknya beragama Islam.
  • Perpustakaan Negara terletak di El Hamma. Dekorasi mengambil ciri-ciri moden.