Ali_Abdullah_Saleh
Ali_Abdullah_Saleh

Ali_Abdullah_Saleh

Ali Abdullah Saleh (Bahasa Arab: علي عبدالله صالح‎; lahir 21 Mac 1942[1][2][3][4]) adalah Presiden pertama Republik Yaman. Sebelum ini beliau merupakan Presiden Republik Arab Yaman (Yaman Utara) daripada 1978 hingga 1990, dan selepas itu telah menjadi presiden kedua negeri Yaman yang disatukan.[5]Pada 2 Februari 2011, menghadapi bantahan meluas, Saleh mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan pada 2013, apabila penggalnya tamat.[6] Pada 23 April pula, beliau mengumumkan sedia melangkah turun sebagai balasan kekebalan daripada pendakwaan jenayah.[7][8] Seterusnya pada 18 Mei, beliau bersetuju menandatangani perjanjian dengan kumpulan pembangkang, menetapkan yang beliau akan berundur dalam masa sebulan;[9] bagaimanapun, beliau kemudian menarik balik tawaran itu.[10]Pada 3 Jun, Saleh cedera dalam serangan RPG ke atas istananya, yang turut membunuh 4 pengawal dan mencederakan perdana menteri dan timbalannya, serta gabenor Sanaa. Saleh mengalami lecur dan kecederaan serpihan, namun masih mampu mengutuk serangan tersebut dalam pesanan audio yang disiarkan media kerajaan. Keesokan harinya beliau dibawa ke hospital tentera di Riyadh, Arab Saudi untuk rawatan.[11] Abd al-Rab Mansur al-Hadi dilantik sebagai pemangku.[12]Pada 23 November 2011,Beliau akhirnya bersetuju untuk meletak jawatan,selepas menandatangani perjanjian pemindahan kuasa di Riyadh,Arab Saudi,dan beliau secara rasminya akan melepaskan jawatan tersebut sebulan selepas perjanjian tersebut ditandatangani,dan seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan sementara.

Rujukan

WikiPedia: Ali_Abdullah_Saleh http://www.bookrags.com/biography/ali-abdallah-sal... http://books.google.com/books?id=UwoZAQAAIAAJ&q=sa... http://latimesblogs.latimes.com/babylonbeyond/2011... http://news.sky.com/skynews/Home/World-News/Yemen-... http://www.thefreelibrary.com/YEMEN+-+Ali+Abdullah... http://www.washingtonpost.com/world/yemens-preside... http://blogs.aljazeera.net/liveblog/yemen-jun-4-20... http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/... http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-131813... http://www.presidentsaleh.gov.ye/shownews.php?lng=...