Ali_Puteh

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Dia merupakan adik kepada pelawak Abam Bocey. Ali Puteh pernah menyertai program raja lawak musim ke- 6 bersama abangnya Abam yang merupakan anggota Bocey, kini.Ketika itu mereka dikenali sebagai Albob.Kemudian, pada tahun 2013 Ali mencuba nasib menyertai program bintang mencari bintang. Pada tahun itu, beliau bersama Mohd Daniel Lee dan mereka dikenali sebagai Bowl. Mereka merupakan Protege kepada Dato Afdlin Shauki ketika itu. Pada tahun 2015, Ali menyertai Projek komedi Warna. Beliau merupakan anggota kumpulan puteh bersama dengan Mamak yang menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015. Ketika itu,nama mereka baru mula disebut-sebut dalam industri lawak tanah air. Gandingan mereka berdua disukai dan menjadi.Pada tahun 2016, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan berjaya mara ke final lalu mendapat tempat ketiga.Selama 4 tahun mereka mencuba nasib untuk menyertai Maharaja Lawak Mega dan menggapai title juara.Dan pada tahun 2019 iatu tahun ke empat menyertai program tersebut, mereka menambah seorang ahli anggota baru iaitu Man raja lawak yang merupakan juara Raja lawak musim ke 5. Berkat usaha mereka mencuba akhirnya mereka dinobatkan sebagai juara untuk kali yang pertama.

Ali_Puteh

Pekerjaan pelawak, pelakon , pengacara
Ibu bapa Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa)
Rosbiah Arshad (ibu)
Tahun aktif 2012 - sekarang
Saudara Abam Bocey (abang)
Kelahiran Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey
1989 (umur 30–31)
Gombak, Selangor, Malaysia