Ali_Rahman
Ali_Rahman

Ali_Rahman

Ali Rahman merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon filem hitam-putih Melayu.[1], [2]Ali Rahman memulakan kerjaya di bidang perfileman dengan menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem dan kemudiannya muncul sebagai hero dalam filem Derita arahan L. Krishnan (sekarang bergelar Datuk).Selepas mendapat kepercayaan pengarah filem ketika itu, Ali Rahman terus membintangi filem-filem keluaran Shaw Malay Film Productions atau Shaw Brothers antaranya filem Aladin dan Rayuan Sukma.Selepas penutupan studio Shaw Brothers pada tahun 1967, dia seperti kebanyakan pelakon filem lain dari Singapura telah menyambung semula perjuangan seni di Studio Merdeka, Hulu Klang, Selangor.Antara filem yang dibintanginya di Studio Merdeka ialah filem Si Tora Harimau Jadian, Damak dan Dajal Suci.

Ali_Rahman

Meninggal dunia 17 Mac 2008
Kelahiran Mohd Ali Abd Rahman
1926