Plot Alien_(filem)

Kapal angkasa perdagangan Nostromo adalah dalam perjalanan kembali ke Bumi dengan anak kapal tujuh anggota dalam stasisĀ : Captain Dallas (Skerritt), Pegawai Eksekutif Kane (Hurt), Navigator Lambert (Cartwright), Pegawai Sains Ash (Holm), Pegawai Waran Ripley (Weaver), dan Jurutera Parker (Kotto) dan Brett (Stanton). Komputer kapal angkasa tersebut mengesan pancaran isyarat misteri dari planet kerdil berhampiran - kemungkinan isyarat kecermasan. Komputer kapal, Mother ("Ibu"), mengejutkan anak kapal. Mengikuti dasar standard syarikat untuk keadaan seperti ini, Nostromo mendarat di planet kerdil, tetapi mengalami kerosakan ketika dalam proses mendarat, akibat keadaan berdebu di planet kerdil tersebut. Parker dan Brett mula membaiki kapal, manakala Dallas, Kane, dan Lambert menghala keluar untuk menyiasat. Mereka mendapati isyarat itu datang dari sebuah kapal angkasa makhluk asing terbiar. Di dalamnya, mereka menjumpai mayat makhluk asing yang besar yang tulang rusuk nampaknya telah meletup keluar dari dalam.

Di atas Nostromo, Ripley mendapati bahawa isyarat tersebut bukanlah isyarat kecemasan tetapi amaran. Ash bertindak balas dengan memberitahu beliau bahawa dia tidak akan sempat dapat berkomunikasi dengan mereka yang lain. Dalam kapal makhluk asing, Kane menjumpai kamar yang mengandungi beratus-ratus telur. Ketika dia memeriksa satu darinya, satu makhluk melompat keluar dan melekat pada mukanya. Dallas dan Lambert membawa Kane yang tidak sedarkan diri kembali ke Nostromo. Sebagai pemangku pegawai kanan, Ripley enggan membenarkan mereka masuk ke dalam kapal, memetik peraturan kuarantin, tetapi Ash melanggar protokol dengan melintasi kunci Ripley dan membenarkan mereka masuk. Anak kapal itu gagal mengeluarkan makhluk dari muka Kane, dan mendapati bahawa darahnya adalah asid yang amat menghakis. Ia tanggal secara sendiri selepas itu dan ditemui mati.

Selepas kapal telah dibaiki, mereka berlepas pulang. Kane sedar kembali dengan kehilangan ingatan sedikit tetapi tidak tercedera. Walau bagaimanapun, semasa makan terakhir anak kapal sebelum masuk semula ke stasis, dia tercekik dan kekejangan dalam kesakitan sebelum satu makhluk asing kecil meletus keluar dari dadanya, membunuhnya, dan melarikan diri ke dalam bahagian kapal. Oleh kerana menyerang makhluk itu dengan senjata konvensional boleh menyebabkan darah menghakisnya menembusi badan kapal kapal, anak-anak kapal cuba untuk mencari dan menangkap makhluk tersebut dengan peranti pengesan gerakan, jaring, tempa elektrik, dan penyembur api.

Brett mengekori kucing anak kapal, Jones, ke dalam bilik enjin dan makluk asing (Badejo) yang telah berkembang sepenuhnya menyerangnya dan menghilang bersama tubuhnya ke dalam saluran udara. Selepas perbincangan hangat, kumpulan itu membuat rancangan untuk menolak keluar makhluk tersebut dari kapal angkasa. Dallas memasuki saluran udara Nostromo yang berliku-liku, bertujuan untuk memaksa asing ke dalam kunci udara, sebaliknya ia menyerang hendap. Lambert, menyedari makluk asing itu sedang membunuh anak-anak kapal satu persatu, menyeru mereka yang lain untuk melarikan diri menggunakan kapal ulang-alik . Kini sebagai pemimpin, Ripley menjelaskan bahawa pengangkutan ulang-alik tidak mampu menampung empat orang, dan mencadangkan agar mereka meneruskan rancangan Dallas mengepam makluk asing itu keluar ke angkasa.

Mengakses Mother, Ripley mendapati bahawa Ash secara diam-diam telah diperintahkan untuk membawa makluk asing kembali kepada majikan mereka, yang menganggap anak-anak kapal boleh diketepikan. Apabila Ripley bersemuka dengan Ash, ia cuba untuk cekiknya sehingga mati. Parker masuk campur dan mengetuk kepala Ash sehingga putus, mendedahkan bahawa ia merupakan android. Parker menghidupkan kembali kepala Ash, dan Ripley menyoal-siasatnya. Mereka mendapati bahawa ia telah ditugaskan ke Nostromo untuk meyakinkan anak-anak kapal untuk menangkap makhluk tersebut dan mengembalikannya untuk dianalisa, sungguhpun dengan mengorbankan krew manusia. Ash mencela mereka tentang peluang mereka untuk hidup menentang "organisma sempurna." Parker menghidupkan penyembur api pada Ash.

Ripley, Lambert dan Parker bersetuju untuk menetapkan Nostromo untuk membinasakan diri dan melarikan diri dalam pesawat ulang-alik. Bagaimanapun, Parker dan Lambert telah diserang hendap dan dibunuh oleh makhluk asing ketika sedang mengumpul bekalan sokongan hayat. Ripley memulakan urutan menghapuskan diri dan kembali ke pesawat ulang-alik bersama Jones, tetapi makluk asing menyekat laluannya. Dia berundur tetapi gagal untuk membatalkan urutan memusnahkan diri kapal, kemudian kembali untuk mendapatkan semula Jones, mendapati makluk asing tersebut hilang. Dia sempat melarikan dalam pesawat diri alik ketika Nostromo meletup.

Ketika dia bersedia untuk memasuki stasis, Ripley mendapati makluk asing berada di atas pesawat ulang-alik. Dia mengenakan pakaian angkasa dan membuka kunci udara, menyebabkan letupan penyahmampatan yang memaksa makluk asing ke pintu pesawat yang terbuka. Dia menolaknya keluar angkasa dengan menembakkannya menggunakan cangkuk tarik, tetapi senjata tersebut tersangkut pada pintu tertutup, mengikat makluk asing pada pesawat. Ia cuba merangkak ke dalam salah satu enjin tetapi Ripley kemudiannya menghidupkan enjin, membakar makluk asing ke angkasa. Selepas merakamkan log terakhir kapal angkasa, dia meletakkan dirinya bersama Jones ke dalam stasis untuk perjalanan kembali pulang.