Alih_suara

Dalam bidang perfileman, alih suara (dubbing atau looping) ialah proses merakam atau menggantikan suara bagi sesuatu hasil gambar wayang atau animasi dalam bentuk visual video. Istilah ini paling kerap digunakan untuk merujuk kepada suara-suara yang dirakam yang bukan milik pelakon asal dan bertutur dalam bahasa yang berlainan dengan pelakon asal itu. "Alih suara" juga boleh merujuk kepada proses merakam semula patah-patah dialog oleh pelakon asal yang menyebutnya. Proses ini secara teknikal dikenali sebagai penggantian dialog berautomasi (automated dialogue replacement, ADR). Erti kata lain, alih suara digunakan dalam proses pembuatan filem ketika zaman 40an hingga 90an bagi beberapa filem atau cerita episod bersiri untuk memperjelaskan dialog lakonan watak kerana rakaman hanya dibuat berdasarkan mikrofon. Ia bermakna, filem ditapis dengan audio baharu serta suara yang dilakonkan.Secara amnya, alih suara dilakukan terhadap animasi antarabangsa dengan bahasa yang berbeza. Bahan-bahan yang berunsurkan negara luar akan diterjemahkan dalam bahasa tempatan bagi memudahkan penonton memahami jalan cerita bahan tersebut.Kebiasaanya, alih suara dilakukan terhadap animasi kerana ia menarik minat untuk ditonton dengan versi bahasa yang berbeza. Namun begitu, kini terdapat filem-filem yang dialih suarakan kepada bahasa tempatan disesuatu negara. Berlakunya tayangan dipawagam dengan filem-filem yang telah dialih suarakan.Antara syarikat animasi yang terkenal dengan dunia alih suara adalah Disney, Pixar, dan Dreamwork. Syarikat animasi ini meluaskan filem dengan mengarah cawangan syarikat mereka dinegara berbeza untuk menghasilkan filem versi bahasa tempatan. Ia mampu meningkatkan hasil kutipan yang mencecah jutaan dollar.Alih suara dimulakan dengan penterjemahan terlebih dahulu bagi menghasilkan skrip bagi sesebuah episod atau filem. Kemudian, menulis semula dialog yang tidak lari makna dan penyegerakan(sync) dari gerak mulut bibir karakter serta audio. Penulis perlu memastikan agar skrip yang ditulis dengan tatabahasa yang tepat dan ejaan yang benar.Proses alih suara dilakukan didalam studio kerana alih suara memerlukan ruang yang kedap bunyi dan sunyi. Dalam proses rakaman, terdapat dua studio iaitu studio A tempat dimana juruteknik rakaman menguruskan audio dan studio B tempat pelakon suara merakam suara. Proses ini juga memakan masa kerana alih suara memerlukan tenaga yang banyak untuk penyegerakan dan menghasilkan suara mengikut ekspresi watak. Setiap dialog yang panjangnya 50 ayat dan lebih mungkin mengambil 1 minit. Berlaku juga kesalahan sebutan atau tersasul yang menjadikan pelakon suara terpaksa mengulang kembali dialog.Kesimpulannya, alih suara merupakan bakat yang jarang ditemui bak berlian tidak tercanai. Tidak semua orang mahir dengan kerjaya unik ini.