Alive_(album)
Alive_(album)

Alive_(album)

Alive merupakan album mini kelima kumpulan muzik dari Korea Selatan iaitu Big Bang. Album tersebut dijangka dilancarkan pada 29 Februari 2012 oleh label YG Entertainment. Album mini Alive ini terdiri daripada tujuh buah lagu dengan salah satu daripadanya iaitu lagu "Sayap" (날개 Nalgae) merupakan lagu solo Daesung.[2] Album ini juga akan dilancarkan dalam versi bahasa Jepun dan ia dijadikan sebagai album studio. Ia akan dikeluarkan pada 28 Mac 2012 oleh label YGEX dan Avex Trax.[3]Selapas beberapa bulan melancarkan EP ini, kumpulan muzik Big Bang akan melancarkan semula EP ini dalam edisi khas dengan tajuk baru iaitu Still Alive. Dalam album ini terdapat lima buah lagu baru di mana dua daripadanya adalah dari album studio berbahasa Jepun dengan nama yang sama iaitu "Feeling" (Perasaan) dan "Ego". Lagu itu terdapat dalam versi bahasa Korea. Tiga lagu lain pula ialah "Still Alive" (Masih Hidup), "Monster" (Raksasa) sebagai runut utama serta "Pusing dan Pusing" (빙글빙글 Bingeul Bingeul). Album ini juga dikeluarkan dalam dua format iaitu muat turun digital pada 3 Jun 2012 dan dalam bentuk cakera padat (CD) pada 6 Jun 2012.

Rujukan

WikiPedia: Alive_(album) http://www.allkpop.com/2012/01/yg-life-gives-remin... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-dominates-... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-explains-t... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-2n... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-ne... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-se... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-ta... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-to-promote... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-unveils-da... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-unveils-fi...