Alor Setar
Alor Setar

Alor Setar

Koordinat: 6°7′N 100°22′E / 6.117°N 100.367°E / 6.117; 100.367Alor Setar (Jawi: الور ستر, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; yang merupakan bandar pentadbiran dan juga merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010[3]) ; antara bandar pentadbiran di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Negeri Kedah dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit. Kaum majoriti di ibu kota ini ialah kaum Melayu.Alor Setar adalah terletak di titik utara Malaysia, merupakan bandaraya terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya. Bandar Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah diantara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Alor Setar Hutan Kampong, stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar, stesen bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.Keretapi tren ETS juga melalui Alor Setar banyak membantu masyarakat Alor Setar. Perjalanan ke Pulau Pinang dan Padang Besar adalah mengambil masa 1 jam sahaja melalui keretapi berkelajuan 140-180km/j ini. Dalam tempoh 4 jam, keretapi laju ini tiba di Kuala Lumpur dan Gemas.Badminton Grand Prix Gold Malaysia-Antarabangsa pernah diadakan di Alor Setar.

Alor Setar

Zon masa MST (UTC+8)
Taraf Bandar Raya 21 Disember 2003
- Metro 500,000
- Kepadatan 3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²)
Pembentukan 1502
- Datuk bandar Dato’ Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad (2016)
- Bandar 405,523

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...