Altruisme

Untuk doktrin etika dengan nama yang sama, sila lihat Altruisme (etika)Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. Amalan ini adalah sifat murni dalam banyak budaya, dan merupakan pokok kepada banyak agama. Dalam budaya Inggeris, idea ini sering diperihalkan sebagai peraturan keemasan etika. Dalam Buddhisme, ia dianggap sebagai sifat asas bagi fitrah manusia. Altruisme boleh dibezakan daripada perasaan kesetiaan dan kewajipan. Amalan ini menumpukan perhatian pada dorongan untuk membantu orang lain atau untuk melakukan sesuatu yang baik tanpa ganjaran. Sebaliknya, kewajipan menumpukan perhatian pada kewajipan moral terhadap sesuatu individu yang tertentu (umpamanya, Tuhan, dan raja), sesuatu pertubuhan yang khusus (umpamanya, kerajaan), atau sebuah konsep yang abstrak (umpamanya negara). Sesetengah orang mungkin berasa kedua-dua altruisme dan kewajipan, manakala orang-orang yang lain mungkin tidak. Altruisme tulen ialah pemberian tanpa menjangka sebarang ganjaran atau manfaat-manfaat pengakuan.Konsep altruisme mempunyai sejarah yang panjang dalam pemikiran falsafah dan etika, dan baru-baru ini telah dijadikan topik untuk ahli-ahli psikologi, sosiologi, dan biologi evolusi. Sedangkan idea-idea tentang altruisme daripada satu bidang boleh mempengaruhi bidang-bidang yang lain, kaedah-kaedah dan tumpuan-tumpuan yang berbeza dalam bidang-bidang ini telah menimbulkan sudut-sudut pandangan yang berbeza terhadap altruisme.