Kerjaya Alvin_Chong

Chong memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2012 selepas mengambil bahagian dalam program realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ) dan mempunyai 10 buah lagu yang ditulis dalam bahasa Mandarin. Beliau melangkah ke layar lebar menerusi filem 3 Brothers yang ditayangkan pada tahun 2014, memegang watak sebagai Ah Por.[7]

Beliau seterusnya muncul dalam drama Dia Semanis Honey yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar, ia merupakan drama Melayu pertama lakonannya. Chong paling dikenali melalui gandingannya bersama Erma Fatima dalam drama Mak Cun, memegang watak sebagai Thomas Loh.[8] Chong merakamkan single bahasa Inggeris pertamanya bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon menerusi lagu bertajuk "We Got This".[9]

Rujukan

WikiPedia: Alvin_Chong http://www.imdb.com/name/nm0159024/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/alvin-chong-mendak... http://www.mens-folio.com.my/1716/5-minutes-multi-... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... https://www.facebook.com/AlvinChong https://www.instagram.com/AlvinChong/ https://www.star2.com/entertainment/2018/07/15/alv... https://www.star2.com/people/2017/09/04/actor-alvi...