Alvin_and_the_Chipmunks

Alvin and the Chipmunks merupakan kisah tiga bersaudara chipmunk (tupai tanah) yang membentuk satu kumpulan penyanyi. Alvin yang paling tua menjadi pemimpin adik-adiknya yang nakal, suka membuat masalah dan justeru yang paling cepat menjadi terkenal dibanding kedua adiknya. Simon adalah si genius dan berkacamata. Terakhir adalah Theodore yang paling gemuk dan baik hati namun mudah dipengaruhi. Ketiga nama tupai tanah ini diambil dari nama eksekutif syarikat rakaman Liberty Records iaitu Alvin Bennett (presiden), Simon Waronker (pendiri dan pemilik) dan Theodore Keep (ketua jurutera).