Kerjaya Amai_Kamarudin

Telefilem yang menampakkan bakat Amai adalah tele bertajuk "Murabi" yang diarahkan oleh Fauziah Ahmad Daud pada tahun 2008 dengan memegang watak Tajul. Setelah itu beliau memberikan sepenuh perhatian dan berlakon sepenuh masa semenjak tahun 2008 dengan pelbagai drama seperti "Akademi Polis", "Hero Bomba", "Bukan Kerana Aku Tak Cinta", "Suamiku Paling Sweet", "Isteri Untuk Diiktiraf", "Raya Semanis Madu", dan banyak lagi.

Daripada tahun 2008 sehingga kini, Amai Kamarudin mula dikenali atas keberkesanan wataknya sebagai antagonis dalam filem, drama, dan iklan di Malaysia seperti filem "Volkswagen Kuning", dan paling menyerlah dalam filem "Temuan Takdir" sebagai Omar sehingga dicalonkan dalam Top 6 Antagonist, "Los Angeles Film Festival 2016" bertanding dengan pelakon-pelakon Hollywood.

Sehingga tahun 2019 lebih dari 100 iklan komersial telah dilakonkan oleh Amai Kamarudin dan antara yang paling diingati adalah iklan Wonda Coffee, Maggi Letup dan V Asia Collagen. Terbaru di tahun 2019, Amai berlakon dalam iklan Peace Collection, Shieldtox dan Mudah.my.

Selain daripada berlakon, Amai juga dikenali atas penglibatannya dalam bidang keusahawanan, aktiviti kebajikan dan aktiviti permotoran. Sejak Disember 2018, Amai Kamarudin dilantik menjadi Ikon Spark Malaysian Club, kelab permotoran yang diasaskan oleh pelakon dan pengarah Zulhuzaimy dan aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan.

Amai Kamarudin juga aktif dengan Persatuan Seniman dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan persatuan tersebut seperti aktiviti "Jom Cuci Masjid", "Fun Run With Seniman" dan banyak lagi.

Selain itu Amai Kamarudin menyertai persatuan usahawan untuk selebriti dan artis iaitu GTAS yang diasaskan oleh pelakon Anne Abdullah. Amai aktif menyertai booth-booth jualan yang ditawarkan GTAS untuk artis dan selebriti seperti Karnival Merdeka di Puncak Alam.

Pada tahun 2019 sehingga tahun 2020 ada beberapa filem Amai yang sudah dan akan ditayangkan seperti filem "Polis Evo 2", filem "Tiada Tajuk", filem "Hero", filem "Tantiana", filem "Mawas", filem "Showtime 1958", filem "Amukan Kuntilanak" dan banyak lagi.

Pada Julai 2019, Amai terlibat dalam telefilem komedi "Osman Baku" bersama pelakon Kazar Saisi, Azhan Rani dan ramai lagi. Yang menariknya ini adalah pertama kali Amai memegang watak orang bisu.

Pada 1 Ogos 2019, Amai menjalani pengambaran dalam filem maritim "Coast Guard" terbitan Arie Zahari Production sebagai watak antagonis "Tamaz" di Langkawi.

Sepanjang bulan September 2019, Amai Kamarudin memegang watak sebagai Zamarul dalam drama Viu bertajuk "Black".

Pada masa sama, Amai menjalani iklan promosi untuk Anugerah Skrin 2019 (ASK2019).

Pada 3 Oktober 2019, filem "Hero Bomba : Jangan Bikin Panas" terbitan NStar Production yang turut melibatkan Amai Kamarudin telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Pada 10 Oktober 2019, Amai memulakan pengambaran sebagai pelakon undangan dalam drama kepolisan Gerak Khas 2019 terbitan Skop Productions dalam episod bertajuk "Sally", memegang watak antagonis Remy dan bergandingan bersama isterinya Elanie Aidid.

Amai juga sibuk mempromosikan Filem "7 Hari Kisah Cinta Di Langkawi" yang dibintangi Amai Kamarudin arahan Dr Anwardi Jamil yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Oktober 2019.

Pada November 2019, Amai terlibat dalam pengambaran telefilem "Si Gadis Vroom Vroom" terbitan Skop Productions sebagai Nik.

Pada Januari 2020, Amai terlibat dalam drama one off 30 minit RTM, Episod 1 "Oh My Netizen" bersama pelakon Mak Engku.

Projek terbaru Amai yang seterusnya adalah sebagai penerbit dan pelakon utama dalam filem terbitan Millionaire Films Production M Sdn Bhd (MFP) bertajuk "Amukan Kuntilanak" sebagai "Osman" yang telah menjalani pengambaran teaser pada 28 Jun 2019 dan pengambaran penuh filem dijangka pada tahun 2020.