Komentar Amanat_Haji_Hadi

Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, Ustaz Abdul Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin pelapis parti PAS yang akan menerajui pucuk pimpinan PAS satu hari nanti[2]. Ucapan ini selaras dengan buku yang ditulis oleh Said Hawa, antaranya berjudul Jundullah Tsaqafatan wa Ahlaqan[3].

Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam[4]. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara Hadi dan Majlis Fatwa[5].

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS (yang diterajui oleh Hadi) dan DAP yang majoritinya masyarakat Cina dan bukan Islam; serta Parti Keadilan Rakyat bersama-sama mendirikan kerajaan di Perak dan Selangor setelah pakatan mereka berjaya menafikan majoriti mudah Barisan Nasional[6].

Polis Abdul Rahim mendakwa bahawa Amanat Haji Hadi ini merupakan salah satu punca umat Islam di Malaysia berpecah kerana ia telah menyemarak api kafir mengkafir.[7]. Menurut Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, istilah kafir mengkafirkan umat Islam di Malaysia sepatutnya tidak berlaku kerana dalam Islam, istilah Kafir boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kafir yang tidak layak diperangi kerana mereka melakukan perjanjian (kontrak sosial) dengan pemerintah (kafir Mu'ahadah, Zimmi, dan Musta'man) dan kafir yang layak diperangi kerana mereka mengkhianati perjanjian dan merosakkan Islam (Kafir Harbi).[8].