Penerbitan Amboi_(album_Altimet)

Amboi menampilkan sembilan buah lagu yang liriknya ditulis sendiri oleh Altimet dengan sentuhan komposer terkenal seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki. Album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, ia turut menampilkan artis undangan termasuk The Kawan Band, Aman RA, Diandra Arjunaidi, Adeep Nahar dan Amir Jahari.[2]

"Kesemua lagu di dalam album ini telah ditulis secara spontan di studio rakaman. Saya tidak membenarkan diri saya menulis lirik di tempat lain. Tindakan ini sengaja saya lakukan kerana mahu mencabar diri saya sendiri dalam proses penulisan lirik dan pembikinan lagu di luar kebiasaan saya."

—Altimet mengulas mengenai album ketiganya.