Kontroversi Ambrin_Buang

Pada September 2007, Tan Sri Ambrin Buang telah mengeluarkan Laporan Audit Negara 2006. Laporan Audit itu hanya berdasarkan 40 siasatan secara random , bukan keseluruhan tender di semua kementerian. Hasilnya amatlah mengejutkan semua pihak kerana berlaku salahurus dan kecuaian kerana harga semasa jauh lebih rendah berbanding harga tender.Biasanya pembelian dibuat secara rundingan terus dengan tujuan lebih cepat dan mereka lebih tahu.

Pada 19 November 2009, Tan Sri Ambrin Buang telah dilantik semula sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Februari 2010 hingga 22 Februari 2012.Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan . Perlantikan semula itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.[1]