Amelina_(album)

Amelina merupakan album debut nyanyian penyanyi Amelina yang dikeluarkan pada 14 Disember 1994[1] oleh syarikat Warner. Ia sebuah album berkonsepkan dangdut kontemporari hasil kerjasama penerbit Ruslan Mamat bersama komposer terkenal Iwan dan Yannuar dari Indonesia. Album ini turut menampilkan penyanyi dangdut Indonesia, Anna Rizkilla dalam sebuah lagu duet. Lagu "Rindu" dan "Yang Indah Yang Hangat" adalah dua buah lagu hits yang berjaya menjuarai carta radio pada tahun 1994 dan 1995. Album ini berjaya terjual sehingga 200,000 unit dalam tempoh setahun dan merupakan salah sebuah album solo artis wanita paling laris dalam sejarah industri rakaman Malaysia. Ia turut dipasarkan di Indonesia dan mempopularkan nama Amelina di peringkat serantau.

Amelina_(album)

Dikeluarkan pada 14 Disember 1994 (1994-12-14)
Penerbit Ruslan Mamat
Yanuar
Iwan
Dirakam pada 1994
Genre Dangdut
Syarikat Warner Music Malaysia