America's_Next_Top_Model,_Musim_8
America's_Next_Top_Model,_Musim_8

America's_Next_Top_Model,_Musim_8

America's Next Top Model, Musim 8 adalah merupakan musim kelapan America's Next Top Model dan merupakan musim kedua daripada rancangan tersebut yang disiarkan di stesen The CW. Musim ini telah disiarkan daripada 28 Februari, 2007 hingga 16 Mei, 2007.Destinasi antarabangsa pada musim ini ialah Sydney, Australia. Pemenang musim ini telah memenangi kontrak dengan agensi model terkemuka Elite Model Management, kontrak $100,000 bersama CoverGirl kosmetik, dan menjadi penghias kulit majalah serta liputan sebanyak enam muka surat di majalah Seventeen.[1]Jaslene Gonzalez yang berasal daripada Chicago, Illinois telah dipilih sebagai pemenang pada musim kali ini, dan sekaligus menjadi pemenang berbangsa Latin yang pertama dalam sejarah rancangan ini.Slogan komerial untuk musim ini ialah "Welcome To The Jungle, Ladies" dan lagu tema yang digunakan untuk untuk mempromosikan musim ini adalah bertajuk "One Shot" daripada Danity Kane. Episod terakhir musim ini telah menarik lebih daripada 6.6 juta penonton, rekod baru yang dicapai oleh rancangan ini dan juga stesen The CW sendiri.

America's_Next_Top_Model,_Musim_8

Negara asal  Amerika Syarikat
Penerbit eksekutif Tyra Banks
Ken Mok
Daniel Soiseth
Tempoh siaran 60 minit
Pencipta Tyra Banks
Siaran asal 28 Februari 200716 Mei 2007
Format Realiti
Bilangan episod 13
Saluran asal The CW
Dibangunkan oleh Ken Mok
Kenya Barris