Sejarah American_President_Lines

Sejarah APL bermula dengan syarikat Pacific Mail Company yang ditubuhkan oleh William Henry Aspinwall pada 1847. Antara aktiviti awalnya ialah menyediakan perkhidmatan kapal penumpang dan penghantaran mel melalui laluan Asia Pasifik. [5]Pada tahun 1925, syarikat ini dibeli oleh Dollar Shipping Company yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama.[6] Dollar Shipping Company kemudiannya menjadi antara syarikat perkapalan terbesar di dunia. Pada tahun 1926, ia merekodkan jumlah penumpang sehingga 45,000 orang dan keuntungan bersih $6 juta dolar.[7]

Keruntuhan Wall Street 1929 pada bulan Oktober 1929 yang menyebabkan Zaman Meleset telah memberi kesan buruk kepada Dollar Dollar Shipping Company.[8][9] Menjelang tahun 1938, hutang syarikat telah mencecah $7 juta dolar, dengan kadar faedah $80,000 sehari. Pada bulan Ogos tahun yang sama kerajaan Amerika Syarikat mengambil alih syarikat ini dan memindahkan semua asetnya kepada American President Lines yang baru ditubuhkan.[10]