Sejarah Amerisium

Amerisium pertama kalinya dihasilkan oleh sebuah kumpulan saintis yang diketuai oleh Glenn T. Seaborg di Universiti California, Berkeley pada musim luruh 1944, dan berkait rapat dengan Projek Manhattan. Oleh hal yang demikian, penemuan unsur ini, bersama dengan kurium dirahsiakan hingga tahun berikutnya, di mana pengumuman rasmi dilaksanakan pada 16 November 1945. Namun begitu, Seaborg berkongsi berita penemuannya lima hari sebelumnya menerusi sebuah rancangan radio kanak-kanak, Quiz Kids, di mana salah satu pendengar menyoal kepada beliau sama ada terdapat unsur transuranium yang telah ditemui selain daripada neptunium dan plutonium.[1]

Unsur ini dinamakan sempena benua Amerika sebagai penyesuaian dengan nama unsur europium yang berkedudukan di atas amerisium dalam jadual berkala.[2]