Aminah_Cendrakasih
Aminah_Cendrakasih

Aminah_Cendrakasih

Aminah Tjendrakasih (Ejaan Yang Disempurnakan: Aminah Cendrakasih, lahir 29 Januari 1938) ialah seorang pelakon veteran wanita Indonesia terkenal menerusi kemunculannya sebagai Lela dalam siri televisyen Si Doel Anak Sekolahan (1994–2005). Memulakan kerjayanya semasa zaman remajanya, pada 1955 Aminah mempunyai peranan lakonan pertamanya dalam Ibu dan Putri (1955). Sejak dari itu, beliau berlakon dalam lebih kurang seratus filem cetera. Pada 2012 dan 2013 beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Festival Filem Bandung dan Anugerah Filem Indonesia.