Kerjaya Amir_Hamzah_Azizan

Beliau memulakan kerjayanya di Royal Dutch Shell selama 10 tahun, berkhidmat dalam pelbagai kapasiti, termasuk Ketua Perkhidmatan Kewangan dan Pengurus, Perancangan & Sokongan di Sarawak Shell Berhad, Eksekutif Kewangan Korporat di Shell Malaysia Limited, Akauntan Kredit Pemasaran di Shell Singapore Pte Ltd, Juruaudit Dalaman di Shell Eastern Petroleum Pte Ltd, dan Penasihat Perbendaharaan Kanan di Shell International Ltd, London.[4]

Pada tahun 2000, beliau menyertai MISC Berhad sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Perkhidmatan Perancangan Korporat. Seterusnya pada tahun 2004, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Perniagaan Serantau (Eropah, Amerika, Afrika dan FSU) di MISC Berhad di London, United Kingdom sebelum dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, AET Tanker Holdings Sdn Bhd pada 1 April 2005. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MISC Berhad dari 1 Januari 2009 sehingga 14 Jun 2010.[4]

Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Berhad dari 15 Jun 2010 hingga 31 Ogos 2012, ketika beliau menjadi MD/CEO Petronas Lubricants International. Beliau juga merupakan Naib Presiden Pemasaran Hiliran dari 1 Mac 2011 sehingga 1 Julai 2013, ketika menjadi Naib Presiden Pelumas untuk Petronas. Pada Mac 2016, beliau menjadi Pengarah Urusan Icon Offshore Berhad. Pada 1 Disember 2017, beliau menyertai unit Khazanah Nasional Berhad, Themed Attractions Resorts & Hotel Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.[4]

Sejak 29 Ogos 2016, beliau menerajui UEM Edgenta sebagai Pengerusi.[4] Beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Tenaga Nasional Berhad pada 2 April 2019 menggantikan Azman Mohd yang melepaskan jawatan pada 31 Mac 2019.[5]