Amirahman_Abas

Amirahman Abas merupakan penerima Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan 1433 . Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi pada 28 November 2011. Amirahman Abas merupakan qari pertama dari Negeri Sembilan yang telah berjaya menjadi Johan di Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa iaitu pada tahun 2011. Sejak mula penganjuran Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kebengsaan pada 1960 dan Antarabangsa pada 1961, Qari dan Qariah dari Negeri Sembilan belum pernah mendapat johan mahupun naib johan di majlis tersebut. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya Abas bin Haji Khusasi berasal dari Kampung Legong Ulu, Rembau, Negeri Sembilan manakala ibunya Noriah Abdul Majid berasal dari Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal dari Sekolah Menengah Rendah Agama Repah, Tampin, Negeri Sembilan dan Maahad Ahmadi, Gemencheh Negeri Sembilan. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Universiti Malaya dan sekarang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan.Mendapat didikan al-Quran bermula dari peringkat asas hinggalah kepada qari qari tersohor negara, akhirnya beliau berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Memulakan pengajian al-Quran asas dengan Tn Hj Hasan Mat, lalu mempelajari pula Taranum al-Quran dari johan qariah Eilayah Persekutuan Pn. Hjh Hakinah @ Rokiah Derahman. Tidak memadai dengan itu, memperlajari pula Taranum dengan Tn Hj Hasim Harun, Tn Hj Mohammad Hj Yusoff dan Tn Hj Abdul Rahim Ahmad. Beliau juga pernah mengikuti kursus Taranum bersama Qari Mesir al-Marhum Syekh Fathi Hasan al-Maliji. Antara Guru beliau juga ialah Tan Sri Datuk Hj Hassan Azhari, yang telah mengajar teknik sebutan huruf Yang lebih tepat serta kaedah kaedah Barzanji dan Qasidah. Beliau sering muncul di kaca televisyen seperti rancanga Tilawah Interaktif di RTM 1, Surah Pilihan, Bismillah dan Akademi Al-Quran di TV 9.[1] Selain itu, beliau juga melaungkan azan d TV1 RTM dan diundang sebagai panel Quran Time TV al- hijrah Antara penglibatan beliau di dalam bidang Tilawah al-Quran ialah mendapat naib juara Akademi al-Quran Tv9 (2006), Johan Qari Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan (2007, 2008, 2009), Johan Qari Peringkat Negeri Sembilan (2011, 2013, 2014) Johan Qari Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa (2011), serta Johan Qari Peringkat Antarabangsa di Tilawah al-Quran Antarabangsa di Kuwait (2014). Disamping itu, beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Tilawah Antarabangsa anjuran Kerajaan Iran pada tahun 2008, Hakim Tilawah Afrika Selatan di Cape Town pada 2010, Hakim Tilawah Thailand di Bangkok pada 2012, disamping sering diundang sebagai Qari Jemputan seperti di Singapura pada tahun(2011,2012,2013), Brunei (2012, 2015), dan di Vienna, Austria pada 2009 dan 2014. Mulai 2015, beliau telah dilantik menjadi hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan. Beliau juga terlibat sebagai panel penggubal NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian sumber Manusia, penggubal soalan Kemahiran Al-quran Kmeneterian Pendidikan, Panel ayat Tilawah Alquran Kementerian Pendidikan dan Panel penggubal Akademi Taranum Negeri Sembilan Atas jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara, beliau dianugerahkan darjah Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) dari ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 2012. Beliau juga di anugerah sebagai Tokoh Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 2011, Tokoh Ikon Guru peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2013, Tokoh Ikon Guru peringkat Negeri Sembilan pada 2014. Beliau sering mendapat undangan memperdengarkan bacaan al-Quran di serata tempat seperti Maulidurrasul peringkat Kebangsaan (2012, 2015, 2016), Maal Hijrah peringkat Kebangsaan (2012, 2017), Majlis Doa Selamat Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Majlis Doa Selamat Pertabalan Agong, Majlis Sambutan Moreh Ramadhan bersama Sultan Kedah serta lain lain lagi. Beliau juga aktif terlibat dalam penghakiman Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.