Amniot merupakan kelompok haiwan bertulang berlakang atau bersaraf tunjang yang menghasilkan
telur yang dilengkapi dengan
amnios, iaitu satu adaptasi untuk bertelur di atas darat dan bukan dalam air (seperti
anamniot), termasuklah
sinapsid (
mamalia) dan
sauropsid (
reptilia dan
burung) dan juga leluhur purbanya. Embrio amniot, baik yang dikeluarkan dalam telur atau dikandung oleh induk, dilindungi dan dibantu oleh beberapa membran yang menyeluruh. Bagi mamalia
euteria (seperti manusia), membran-membran ini termasuklah
pundi amnion yang meliputi
janin. Membran-membran ini serta tiadanya tahap
larva membezakan amniot daripada
amfibia.
[1]Amniot-amniot terawal (iaitu "amniot asas") seperti
Casineria menyerupai cicak yang telah berevolusi dari amfibia
reptiliomorfa sekitar 340 juta tahun dahulu pada
kala geologi Karboniferus. Telurnya boleh hidup di luar air, membolehkan amniot untuk menjangkau ke persekitaran yang lebih kering. Telur itu juga boleh "bernafas" dan menampung sisa, membolehkan telur dan amniot itu sendiri untuk berevolusi menjadi bentuk lebih besar. Telur amniot melambangkan satu perpecahan yang penting dalam kalangan
vertebrat, yang mana makhluk berkenaan boleh membiak di atas tanah kering dan tidak memerlukan lagi air untuk pembiakan seperti yang diperluka oleh amfibia. Mulai saat ini, amniot tertabur ke merata dunia, lama-kelamaan menjadi vertebrata daratan yang dominan.