Penghijrahan Amy_Ukays

Amy sentiasa bercita-cita ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang anak seni dan meluaskan lagi pengetahuan beliau dalam bidang seni muzik. Akhirnya pada tahun 1993, beliau membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau mencuba nasib apabila terbaca sebuah keratan akhbar pencarian artis di Setiawangsa. Namun niat beliau ingin menjadi komposer, Walau bagaimanapun Arwah Encik Rosli yang merupakan pengasas Syarikat A&R production menerima Amy sebagai budak pembantu pejabat. Beliau bekerja selama lebih kurang setahun sebelum tercetus salah faham diantara Arwah Encik Rosli dan Amy oleh pihak ketiga. Beliau membawa diri dan bekerja di LOT 10 Bukit Bintang sebagai penyiasat di sebelah siang dan pada waktu malam beliau mencuci pinggan di sebuah kedai makan di Setiawangsa. Suatu hari beliau terlihat papan tanda Digimix Studio dan beliau memohon kerja di situ. Digimix Studio merupakan syarikat dimilikki oleh Pak Ngah. Permohonan beliau diterima dan beliau bekerja sound engineer. Dari situ beliau mula belajar selok belok pengubahan lagu dan tentang rakaman album.