Kerjaya Amylea_Azizan

Amylea memulakan kerjaya seni beliau apabila mula menyertai Akademi Fantasia 3 pada tahun 2005. [1] Selain itu, beliau juga terpilih menyertai One In A Million Musim Ke Tiga saluran TV8. Namun, tersingkir pada konsert mingguan Top 5. [2]

Pada tahun 2009, Amylea akhirnya mengeluarkan album beliau yang berjudul Selepas 3. Hal ini demikian kerana, album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan. [3]

Pada 2017, Amylea telah menyertai pertandingan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia Megastar yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim Akademi Fantasia bersiaran. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir pada minggu ke 2 pada Konsert Homecoming. [4] Dalam pertandingan tersebut, Amylea membawa lagu beliau sendiri yang bertajuk Ku Berserah yang diberi nafas baru dengan sedikit sentuhan R&B. [5]