Kerjaya Ana_Dahlia

Sebelum menceburi bidang lakonan, Ana memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang finalis, bersama-sama dengan Zulin Aziz, Bella Dally dan Emelie Hanif. Beliau memulakan kerjaya filem pada 2010 dengan membintangi filem seram Mantra arahan Azhari Zain.

Ana menyertai barisan pelakon drama kepolisan Metro Skuad terbitan Skop Productions termasuk Salina Saibi, Adam Corrie, Azad Jazmin dan Kamal Affandi Hashim yang bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 29 Mac 2013.[7]

Pada 21 Mac 2013, Ana memegang watak pensyarah dan guru tari dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[8] Beliau memegang watak sebagai Zafirah seorang wanita yang cacat penglihatan dalam Cinta Yang Satu di TV2.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Ana_Dahlia http://www.imdb.com/name/nm4703459/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ana-dahlia-k... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ana-dahlia-t... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/gila-gila-re... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130730/h... http://www.utusan.com.my/hiburan/ana-dahlia-selama... https://www.budiey.com/ana-dahlia-bawa-watak-wanit... https://www.budiey.com/kisah-unit-elit-polis-dalam... https://www.rotikaya.com/ana-dahlia-suami-selamat-...