Ringkasan Anak_Lorong_(drama_TV)

Ia mengisahkan Rayyan, remaja berusia 17 tahun dan adiknya, Fara yang berusia enam tahun yang dijaga Khaty, teman baik ibunya, Melur yang dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan tukang urut dan pelacur sambilan.

Rayyan mengambil keputusan berhenti sekolah dan mencari kerja supaya dapat menyara diri dan adiknya sebelum terbabit melakukan aktiviti tidak bermoral. Rayyan tersedar kesilapannya dan mahu berubah untuk kembali ke pangkal jalan. Bagaimanakah kesudahan kedua beradik ini.