Anaknya_Sazali
Anaknya_Sazali

Anaknya_Sazali

Anaknya Sazali ialah filem drama Malaysia 2000 arahan Jack Ad'Din terbitan Eurofine (M) Sdn. Bhd. Filem ini dikatakan menjadi sambungan kepada filem lakonan P. Ramlee, Anakku Sazali. Natasha Nasir yang memegang watak Mona merupakan anak kepada Nasir P. Ramlee. Terdapat 95 pelakon pembantu yang disenaraikan dalam kredit akhir filem ini. Rosyam Nor telah ditawarkan 4 watak dalam filem ini (Sazali semasa tua, Sazali semasa muda, Hassan @ Bapa Sazali & Farid) tetapi menolak kesemuanya kerana terlibat dalam produksi drama TV. Rashid Sibir menolak tawaran mengarah filem ini setelah mendapat tahu pelakon utamanya Rosyam terpaksa menarik diri. Filem ini ditayangkan pada 29 Jun 2000.

Anaknya_Sazali

Bahasa Melayu
Pengarah Jack Ad'Din
Penerbit Ida Rahayu Md. Noor
Azlina Din
Penulis Jack Ad'Din (lakon layar)
Azlina Din (skrip)
Pecah panggung RM 220,000[1]
Mula ditayangkan 29 Jun 2000
Syarikatpenerbitan
Eurofine (M) Sdn. Bhd.
Tempoh tayangan 100 minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh Ahmad Idham
M. Rajoli
Azean Irdawaty
Perbelanjaan RM760 ribu