Biografi Anas_Aqeel_bin_Abdul_Latif

Anas Aqeel bin Abdul Latif merupakan salah seorang penyanyi nasyid kanak-kanak yang terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Aeman yang bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) yang mula dikenali dengan album Permata Ayah Bonda pada tahun 2007. Anas Aqeel bin Abdul Latif telah dilahirkan pada tanggal (1995-08-28) 28 Ogos 1995 (umurĀ 24). Beliau telah dipilih oleh kumpulan Hijjaz untuk menganggotai kumpulan Aeman kerana suaranya yang sangat merdu dan lunak.