Kerjaya Anas_Ridzuan

Anas memulakan aktiviti seni beliau melalui rancangan nyanyian Mentor Musim Ke-6 dan menjadi anak didik kepada Faizal Tahir. Rancangan ini juga merupakan batu loncatan kepada Anas ke bidang lakonan apabila beliau banyak membintangi drama dan telefilem selepas menyertai pertandingan tersebut memandangkan beliau juga pernah berlakon teater dan drama sebelum ini.

Selain itu, beliau juga telah berjinak - jinak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan program televisyen apabila diberi tanggungjawab dalam pengacaraan program terbaru TV3 iaitu Jalan - Jalan Makan Angin bersama Nadzmi Adhwa pada tahun 2016. [1] Program ini memberi fokus tempat - tempat penginapan yang unik dan mempunyai bajet yang sederhana diseluruh negeri di Malaysia.

Pada tahun 2016, Anas telah mengumumkan bahawa beliau telah berhenti daripada bidang nyanyian kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang lakonan. [2]