Definisi Anatomi

Perbandingan rangka manusia dan gajah

Berasal dari Yunani ἀνατέμνω anatemnō "membedah atau memotong " dari ἀνά ana "memotong", dan τέμνω temnō "memotong",[4] anatomi merupakan kajian saintifik struktur, sistem, organ dan tisu sesuatu organisma. Anatomi meliputi rupa, kedudukan, bahan binaan dan lokasi sesuatu bahagian serta kaitannya dengan bahagian lain. Kajian anatomi berbeza daripada fisiologi dan biokimia yang masing-masing berkait dengan fungsi dan proses kimia sesuatu bahagian.

Disiplin anatomi terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk anatomi makroskopik (anatomi kasar) dan anatomi mikroskopik. Anatomi kasar merupakan kajian struktur-struktur yang mampu dilihat dengan mata kasar dan meliputi aspek anatomi superfisial (anatomi cetek) yang menggunakan penglihatan untuk mengkaji ciri-ciri luaran badan. Anatomi mikroskopik merupakan kajian struktur dengan menggunakan skala mikroskopik, termasuklah kajian histologi (kajian tisu) dan embriologi (kajian organisma yang belum matang).[2]

Kajian anatomi dilakukan dengan menggunakan kaedah invasif atau tidak invasif, degan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang struktur dan organisasi organ-organ atau sistem.[2]