Anatomi_(album_Faizal_Tahir)

Anatomi merupakan album studio keempat daripada penyanyi Faizal Tahir yang dilancarkan pada 4 November 2016 dalam bentuk digital dan fizikal. Album ini merupakan album pertamanya bersama Warner Music Malaysia selepas beliau meninggalkan syarikat rakaman Monkey Bone Records.[1][2]Album yang diterbitkan bersama Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok dan Omar K mempertaruhkan tiga single utama, Assalamualaikum, Sayang, dan Sejati. Lagu lain ialah Setia, Suriram, Bukan Yang Pertama dan Menang, album Anatomi turut memuatkan lima lagu bonus iaitu Dirgahayu (bersama Datuk Siti Nurhaliza), Negaraku (bersama Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne), Assalamualaikum (Acoustic), Assalamualaikum (ABPBH 2014) dan Assalamualaikum (AJL30).[3]

Rujukan

WikiPedia: Anatomi_(album_Faizal_Tahir) http://www.allmusic.com/album/anatomi-mw0002989947 http://www.kbergetar.com/2016/11/anatomi-album-ter... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... https://music.apple.com/my/album/anatomi-remastere... https://www.discogs.com/Faizal-Tahir-Anatomi/maste... https://open.spotify.com/playlist/6Hs8grmXYMXHuIkN... https://www.bharian.com.my/node/209786 https://www.bharian.com.my/node/225009 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/11/179701/... https://www.hmetro.com.my/node/185421