Ringkasan Anda_Bertanya_Ustaz_Azhar_Idrus_Menjawab_Berkenaan_Permasalahan_Semasa

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini dihimpunkan hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Ia dibukukan bagi dikongsikan jawapan kepada masyarakat.

Azhar Idrus terkenal sebagai tokoh agamawan yang aktif mengajar agama di banyak tempat di Malaysia. Dikenali sebagai ustaz yang berwatakan selamba, humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah dididampingi oleh sesiapa sahaja.