Andi

Andi ialah nama atau gelaran Bugis yang diberikan kepada mereka yang berketurunan bangsawan. Nama ini diletakkan sebagai nama pertama dalam nama seorang Bugis, contohnya Andi Sipolan bin Andi Sipolan. Gelaran ini merupakan yang tertinggi dan hanya diberikan kepada anak bangsawan asli, iaitu ibu bapanya kedua-duanya berketurunan bangsawan.